In forceAs enactedCurrent version · As enacted
Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2024 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apa-apa perubahan kepada waktu perlepasan yang dijadualkan hendaklah dimaklumkan kepada pengguna sekurang-kurangnya dua minggu sebelum perlepasan sebenar melainkan jika syarikat penerbangan yang beroperasi itu boleh membuktikan bahawa suatu perubahan lanjut kepada waktu perlepasan yang dijadualkan yang disebabkan oleh hal keadaan luar biasa atau sebab teknikal, yang tidak dapat dielakkan walaupun semua langkah yang sewajarnya telah diambil.”.