Section 54
Walau apa pun dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain—
of Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012
(a)
dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap
Institut; atau
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 31
(b)
dalam mana-mana prosiding sivil yang lain yang dalamnya
Institut dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Institut bagi maksud itu boleh, bagi pihak Institut, memulakan prosiding sedemikian atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan semua perbuatan yang berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Institut.