Section 60
Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat
of Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012
Segala perbuatan dan perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Institut sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan Akta ini diperbuat dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya hendaklah disifatkan sebagai telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan perkara yang dilakukan itu adalah selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat pelakuan perbuatan atau perkara itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang ditanggung berhubungan dengannya, hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Institut.
(2)
Walau apa pun dalam subseksyen (1), seksyen ini tidak boleh disifatkan sebagai telah memberi kuasa untuk pengenaan apa-apa hukuman ke atas seseorang bagi apa-apa perbuatan atau perkara yang dilakukan sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan Akta ini diperbuat.