Skip to content
In forceAs enacted

Part IV · Prosiding Tatatertib

14. Mesyuarat Jawatankuasa Penyiasatan

Feedback & support
(1)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa

Penyiasatan.

(2)

Pada masa ketiadaan pengerusi, mana-mana anggota yang dipilih oleh anggota yang hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Penyiasatan itu hendaklah mempengerusikan mesyuarat.

(3)

Kuorum mesyuarat hendaklah tiga.

(4)

Dalam hal keadaan bilangan undi sama banyak, pengerusi, atau pada masa ketiadaannya, orang yang mempengerusikan mesyuarat itu, hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.

(5)

Keputusan Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah dibuat secara majoriti mudah.

P.U. (A) 69 14

(6)

Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.

(7)

Tiada tindakan atau prosiding yang diambil oleh Jawatankuasa

Penyiasatan boleh dipersoalkan atas alasan—

(a)

apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan Jawatankuasa Penyiasatan; atau

(b)

apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.

Report