Peraturan-Peraturan Perubatan Tradisional dan Komplementari 2021 · As enacted · Part IV · Prosiding Tatatertib
20. Mesyuarat pihak berkuasa tatatertib
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat pihak berkuasa tatatertib.
P.U. (A) 69 17
Pada masa ketiadaan pengerusi, mana-mana anggota yang dipilih oleh anggota yang hadir pada mesyuarat pihak berkuasa tatatertib itu hendaklah mempengerusikan mesyuarat.
Dalam hal keadaan bilangan undi sama banyak, pengerusi, atau pada masa ketiadaannya, orang yang mempengerusikan mesyuarat itu, hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
Keputusan pihak berkuasa tatatertib hendaklah dibuat secara majoriti mudah.
Pihak berkuasa tatatertib hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.
Tiada tindakan atau prosiding yang diambil oleh pihak berkuasa tatatertib boleh dipersoalkan atas alasan—
apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan pihak berkuasa tatatertib; atau
apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.
Anggota pihak berkuasa tatatertib hendaklah, tertakluk kepada syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam instrumen pelantikannya, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan, memegang jawatan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.
Majlis boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota pihak berkuasa tatatertib jika Majlis mendapati orang itu bukan lagi seseorang yang layak dan sesuai untuk menjalankan fungsinya.
P.U. (A) 69 18
Anggota pihak berkuasa tatatertib boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberi notis secara bertulis kepada Majlis dan sesalinan notis itu kepada pihak berkuasa tatatertib.
Majlis boleh melantik mana-mana orang yang difikirkan layak oleh Majlis untuk mengisi kekosongan bagi baki tempoh kekosongan anggota pihak berkuasa tatatertib.