In forceAs enactedCurrent version · As enacted
Peraturan-Peraturan Perubatan Tradisional dan Komplementari 2021 · As enacted · Part IV · Prosiding Tatatertib
Peraturan-Peraturan Perubatan Tradisional dan Komplementari 2021 · As enacted · Part IV · Prosiding Tatatertib
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Selepas mempertimbangkan pernyataan pengamal berdaftar dan saksinya di bawah subperaturan 21(9), jika ada, jika pihak berkuasa tatatertib mendapati—
tiada alasan yang mencukupi untuk menyokong pertuduhan itu, pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengesyorkan kepada Majlis bahawa tiada tindakan lanjut diambil terhadap pengamal berdaftar; atau
pengamal berdaftar yang berkenaan bersalah atas pertuduhan itu, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memaklumkan dapatannya dan sebab bagi keputusannya kepada pengamal berdaftar itu.
Bagi maksud perenggan (1)(b), pengamal berdaftar itu boleh membuat apa-apa rayuan meringankan hukuman dan selepas mendengar rayuan itu, pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengesyorkan kepada Majlis mana-mana hukuman di bawah seksyen 37 Akta.