Skip to content
In forceAs enacted

Part IV · Prosiding Tatatertib

17. Penyiasatan awal oleh Jawatankuasa Penyiasatan

Feedback & support
(1)

Jika Jawatankuasa Penyiasatan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa aduan atau maklumat itu adalah benar, Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah—

(a)

memberitahu pengamal berdaftar tentang penerimaan aduan atau maklumat yang berkaitan dengannya;

(b)

mengemukakan sesalinan aduan atau maklumat dan dokumen sokongan yang diterima oleh Jawatankuasa Penyiasatan kepada pengamal berdaftar;

(c)

menghendaki pengamal berdaftar untuk mengemukakan jawapan kepada aduan atau maklumat itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan itu; dan

(d)

meminta daripada pengamal berdaftar penjelasan atau dokumen lain untuk diberikan dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan permintaan itu.

(2)

Pada akhir penyiasatan, selepas mempertimbangkan jawapan dan penjelasan oleh pengamal berdaftar, jika ada, Jawatankuasa Penyiasatan boleh mengesyorkan kepada Majlis bahawa—

(a)

tiada tindakan lanjut akan diambil berhubung dengan aduan atau maklumat yang diterima itu; atau

(b)

aduan atau maklumat yang diterima itu hendaklah dikemukakan kepada pihak berkuasa tatatertib untuk suatu siasatan diadakan.

P.U. (A) 69 16

Report