Peraturan-Peraturan Perubatan Tradisional dan Komplementari 2021 · As enacted · Part IV · Prosiding Tatatertib
21. Siasatan pihak berkuasa tatatertib
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pihak berkuasa tatatertib setelah menerima aduan atau maklumat bersama dengan syor Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah—
menghendaki kehadiran pengadu dan mana-mana orang yang mengetahui keadaan aduan atau maklumat itu di hadapan pihak berkuasa tatatertib pada tarikh, masa dan tempat yang akan ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib; dan
memberitahu pengamal berdaftar berkenaan yang terhadapnya aduan itu dibuat secara bertulis mengenai—
tarikh, masa dan tempat siasatan aduan atau maklumat itu akan diadakan; dan
haknya untuk hadir dengan atau tanpa peguam pada siasatan itu.
Pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengadakan siasatan pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan dalam notis itu dan hendaklah meneruskan untuk menyiasat pengataan yang dibuat terhadap pengamal berdaftar yang berkenaan walaupun jika pengamal berdaftar itu tidak hadir.
Pihak berkuasa tatatertib hendaklah memeriksa pengadu dan mana-mana orang yang menyokong aduan itu.
P.U. (A) 69 19
Pengadu dan mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (3)
boleh diperiksa balas oleh pengamal berdaftar yang berkenaan dan selanjutnya diperiksa semula oleh pihak berkuasa tatatertib, jika perlu.
Pihak berkuasa tatatertib hendaklah merekodkan semua pernyataan yang dibuat oleh pengadu dan orang yang diperiksa.
Bagi maksud siasatan, pihak berkuasa tatatertib boleh menghendaki pengadu atau pengamal berdaftar yang berkenaan untuk mengemukakan apa-apa bahan atau bukti berkaitan dengan siasatan oleh pihak berkuasa tatatertib dan membuat salinan bahan atau bukti itu.
Selepas mengambil kenyataan pengadu dan orang yang disebut dalam subperaturan (3), jika pihak berkuasa tatatertib mendapati bahawa—
tiada alasan yang mencukupi untuk menyokong aduan itu, pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengesyorkan kepada Majlis bahawa tiada apa-apa tindakan lanjut hendaklah diambil terhadap pengamal berdaftar yang berkenaan; atau
terdapat alasan yang mencukupi untuk menyokong aduan itu, pihak berkuasa tatatertib hendaklah membuat suatu pertuduhan terhadap pengamal berdaftar yang berkenaan dan menjelaskan kepada pengamal berdaftar itu bahawa dia boleh membuat pembelaan ke atas pertuduhan yang dibuat terhadapnya dan memanggil saksi untuk menyokong pembelaannya.
Jika pengamal berdaftar itu tidak membuat pembelaan, pihak berkuasa tatatertib boleh mengesyorkan kepada Majlis bahawa pengamal berdaftar yang berkenaan didapati bersalah atas kesalahan itu.
Jika pengamal berdaftar yang berkenaan memilih untuk membuat pembelaannya di hadapan pihak berkuasa tatatertib, pernyataannya dan pernyataan
P.U. (A) 69 20
saksinya, jika ada, hendaklah direkodkan dan pihak berkuasa tatatertib boleh memeriksa balas kenyataan pengamal berdaftar dan saksinya.