In forceAs enactedCurrent version · As enacted
Peraturan-Peraturan Perubatan Tradisional dan Komplementari 2021 · As enacted · Part IV · Prosiding Tatatertib
Peraturan-Peraturan Perubatan Tradisional dan Komplementari 2021 · As enacted · Part IV · Prosiding Tatatertib
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Majlis boleh, setelah mempertimbangkan rekod siasatan dan syor pihak berkuasa tatatertib, atas sebab untuk direkodkan—
menerima syor pihak berkuasa tatatertib dan mengenakan hukuman;
mengarahkan supaya pihak berkuasa tatatertib untuk mengadakan mesyuarat semula dan menyiasat dengan lebih lanjut ke atas aduan atau maklumat itu;
P.U. (A) 69 21
mengarahkan supaya pihak berkuasa tatatertib yang baharu ditubuhkan dan menjalankan suatu siasatan ke atas aduan atau maklumat itu;
mengarahkan supaya pertuduhan itu dibuang jika Majlis mendapati bahawa tiada kes telah dibuktikan terhadap pengamal berdaftar itu;
menolak syor pihak berkuasa tatatertib dan membuat keputusannya sendiri; atau
memberi arahan lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Majlis.
Majlis hendaklah memaklumkan pengamal berdaftar keputusan yang dibuat di bawah subperaturan (1).
Majlis hendaklah mempunyai hak untuk menyiarkan dalam media keputusan mana-mana siasatan yang telah dijalankan.