Skip to content
In forceAs enacted

Part IV · Prosiding Tatatertib

24. Larangan menghadiri prosiding tatatertib

Feedback & support
(1)

Tiada anggota

Majlis,

Jawatankuasa

Penyiasatan atau pihak berkuasa tatatertib boleh menghadiri atau mengambil bahagian dalam mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Penyiasatan atau pihak berkuasa tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berhubungan dengan suatu prosiding tatatertib jika—

(a)

orang itu adalah pengadu;

(b)

orang itu secara peribadi mengetahui apa-apa fakta yang relevan;

(c)

orang itu telah hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib bagi maksud membuat apa-apa pernyataan; atau

P.U. (A) 69 22

(d)

pengadu atau orang yang hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib bagi maksud membuat apa-apa pernyataan atau pengamal berdaftar itu ialah anggota keluarganya atau sekutunya.

(2)

Bagi maksud peraturan ini—

“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota

Majlis,

Jawatankuasa Penyiasatan atau pihak berkuasa tatatertib, termasuk—

(a)

suami atau isterinya;

(b)

ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya);

(c)

anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);

(d)

adik-beradiknya (termasuk adik-beradik suami atau isterinya);

dan

(e)

suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan

“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota

Majlis,

Jawatankuasa

Penyiasatan atau pihak berkuasa tatatertib, termasuk—

(a)

amalan atau syarikat yang mana anggota atau mana-mana penamanya merupakan pekongsi atau pekerja; atau

(b)

pekongsi atau pekerja anggota itu.

P.U. (A) 69 23

Report

Schedules