Malaysia legislation

Section 12

of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002

Seksyen 12

Pendaftaran pemilih

(a)

tiap-tiap orang yang berkelayakan untuk didaftarkan sebagai seorang pemilih Parlimen di dalam mana-mana

Negeri; dan

(b)

tiap-tiap orang yang berkelayakan untuk didaftarkan sebagai seorang pemilih Negeri di dalam Negeri itu, dan yang belum didaftarkan sedemikian di bawah Peraturan-Peraturan ini sebagai pemilih bagi suatu kawasan pendaftaran.

(2)

Bagi maksud pendaftaran seseorang pemilih bagi suatu kawasan pendaftaran di bawah subperaturan (1), Pendaftar hendaklah memuaskan hatinya tentang kecukupan maklumat berhubung dengan—

(a)

status kewarganegaraan, nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat kediaman pemilih dan apa-apa maklumat lain mengenai pemilih, yang diperoleh daripada jabatan yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab yang berhubungan dengan hal ehwal pendaftaran warganegara

Malaysia; dan

(b)

status kehilangan kelayakan pemilih yang boleh diminta oleh Pendaftar daripada mana-mana agensi Kerajaan

Persekutuan yang berkaitan.

WJW22/0142 P.U.(A) 293BM.indd 11 2/14/22 8:23 AM

Undang-Undang Malaysia 12

Permohonan bagi pemindahan pendaftaran 12a.  (1)  Mana-mana orang yang telah didaftarkan sebagai pemilih dan berhasrat untuk memindahkan pendaftarannya ke suatu tempat yang lain yang dia layak untuk didaftarkan, hendaklah memohon kepada mana-mana Pendaftar bagi mana-mana kawasan pendaftaran atau mana-mana Penolong Pendaftar bagi mana-mana unit pendaftaran.

(2)

Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat dalam Borang A dalam Jadual dan hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemerakuan daftar pemilih tambahan.

Penyemakan daftar pemilih tambahan

Section 12 — PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002