Malaysia legislation

Section 15

of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002

Seksyen 15

(2)

Tiap-tiap bantahan oleh orang yang disebut dalam subperaturan (1), kemudian daripada ini disebut “pembantah”, hendaklah dibuat dalam Borang D dalam Jadual dan hendaklah diserahkan kepada Pendaftar bagi kawasan pendaftarannya dengan sendiri pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja dalam tempoh yang daftar pemilih tambahan itu terbuka untuk diperiksa sebagaimana yang dinyatakan dalam notis yang disebut dalam subperaturan 13a(2).

(2a)

(Dipotong oleh P.U. (A) 433/2021).

(3)

Pembantah dibenarkan membantah sekali sahaja dan bilangan orang yang mengenainya pembantah itu dibenarkan membantah tidak boleh melebihi dua puluh orang bagi tiap-tiap daftar pemilih tambahan.

(4)

Pembantah hendaklah membayar fi sebanyak sepuluh ringgit bagi setiap orang yang dibantahnya.

WJW22/0142 P.U.(A) 293BM.indd 15 2/14/22 8:23 AM

Undang-Undang Malaysia 16

(5)

Pendaftar hendaklah, apabila diterima bantahan di bawah peraturan ini, jika dia berpendapat bahawa butir-butir yang diberikan dalam bantahan itu tidak mencukupi, meminta maklumat lanjut daripada pembantah yang hendaklah mengemukakan maklumat itu dalam masa empat belas hari dari tarikh pembantah itu menerima permintaan itu.

(6)

Jika pembantah tidak mengemukakan maklumat mengikut cara yang diperuntukkan dalam subperaturan (5), bantahan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan Pendaftar tidak akan mengambil tindakan selanjutnya.

(7)

Jika Pendaftar berpendapat bahawa pembantah itu tidak berhak untuk membantah, dia boleh menolak bantahan itu dan hendaklah memberitahu pembantah itu bahawa bantahannya ditolak.

(8)

Pendaftar hendaklah—

(a)

dalam apa-apa hal jika dia berpuas hati bahawa butir-butir yang diberikan dalam sesuatu bantahan itu mencukupi;

atau

(b)

apabila diterima maklumat yang diminta di bawah subperaturan (5), dengan seberapa segera yang boleh menghantar notis mengenai bantahan itu dalam Borang E dalam Jadual kepada orang yang mengenainya bantahan itu dibuat.

Penolakan bantahan

Section 15 — PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002