Malaysia legislation
Section 13
of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002
Seksyen 13
(2)
Bagi maksud menyemak daftar pemilih tambahan dan memuaskan hatinya tentang kelayakan mana-mana orang untuk didaftarkan atau menentukan sama ada nama mana-mana orang patut dimasukkan atau dikekalkan dalam daftar pemilih tambahan atau dikeluarkan daripada daftar pemilih tambahan, Pendaftar boleh sama ada menjalankan apa-apa siasatan dari rumah ke rumah atau siasatan lain yang difikirkannya perlu, sama ada olehnya sendiri atau melalui mana-mana orang yang dilantik olehnya cara bertulis bagi maksud itu atau boleh menghantar suatu notis menghendaki maklumat kepada orang yang daripadanya maklumat itu dikehendaki dengan cara pos biasa yang dialamatkan kepada orang itu atau dengan menyampaikan notis itu kepada orang itu sendiri atau kepada seseorang anggota isi rumahnya yang dewasa.
(3)
Jika mana-mana orang yang namanya ada dalam daftar pemilih tambahan tidak memberikan maklumat itu kepada
Pendaftar tentang kelayakannya sendiri untuk didaftarkan dalam masa tujuh hari selepas suatu notis di bawah subperaturan (2)
disampaikan kepadanya oleh Pendaftar, maka selain apa-apa penalti yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis, namanya hendaklah dikeluarkan daripada daftar pemilih tambahan itu.
WJW22/0142 P.U.(A) 293BM.indd 12 2/14/22 8:23 AM
Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Pendaftaran Pemilih)
(4)
Tiap-tiap orang yang dilantik oleh Pendaftar di bawah subperaturan (2) yang kepadanya telah diberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan kelayakan mana-mana orang bagi pendaftaran atau yang berkaitan bagi menentukan sama ada nama mana-mana orang patut atau tidak patut dimasukkan ke dalam atau dikekalkan dalam daftar pemilih tambahan atau yang olehnya maklumat itu telah dikumpulkan hendaklah dengan serta-merta memberikan maklumat itu kepada Pendaftar.
(5)
Apabila daftar pemilih tambahan bagi mana-mana kawasan pendaftaran telah siap disemak, Pendaftar hendaklah memperakui daftar pemilih tambahan itu mengikut peraturan 13a.
(6)
(Dipotong oleh P.U. (A) 433/2021).
Pemerakuan daftar pemilih tambahan 13a. (1) Pendaftar bagi setiap kawasan pendaftaran hendaklah, seberapa segera yang boleh selepas berakhirnya setiap bulan, memperakui daftar pemilih tambahan bagi kawasan pendaftaran dalam Borang B dalam Jadual.
(2)
Pendaftar hendaklah, seberapa segera yang boleh selepas pemerakuan itu, memberikan notis dalam Warta bahawa daftar pemilih tambahan itu, atau suatu salinan daftar itu, terbuka untuk diperiksa mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya.
(3)
Notis di bawah subperaturan (2) boleh diberikan oleh
Pendaftar—
(a)
berkenaan dengan daftar pemilih tambahan bagi lebih daripada satu kawasan pendaftaran; atau
(b)
berkenaan dengan daftar pemilih tambahan bagi satu kawasan pendaftaran atau satu unit pendaftaran.
(4)
Daftar pemilih tambahan yang diperakui hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh notis di bawah subperaturan (2) disiarkan dalam Warta dan, tertakluk pada apa-apa perubahan dalam daftar pemilih tambahan itu, jika ada, daftar pemilih tambahan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga daftar pemilih tambahan itu digabungkan dengan daftar pemilih induk dan kemudiannya diperakui semula.
WJW22/0142 P.U.(A) 293BM.indd 13 2/14/22 8:23 AM
Undang-Undang Malaysia 14
Tuntutan yang berhubungan dengan daftar pemilih tambahan