Malaysia legislation

Section 14

of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002

Seksyen 14

(2)

Mana-mana orang yang telah didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan bagi mana-mana kawasan pendaftaran yang baginya dia berkelayakan untuk didaftarkan boleh mengemukakan suatu tuntutan kepada Ketua Pendaftar atau mana-mana Pendaftar—

(a)

jika dia telah memohon bagi pemindahan pendaftarannya ke suatu tempat yang lain tetapi tidak didaftarkan sedemikian;

(b)

jika dia telah didaftarkan bagi suatu kawasan pendaftaran yang bukan kawasan pendaftaran yang berkenaan dengannya orang itu sepatutnya didaftarkan;

(c)

jika terdapat kesilapan atau peninggalan tentang butir-butir peribadinya dalam daftar pemilih tambahan itu; atau

(d)

jika dia mempunyai apa-apa sebab lain yang berhubungan dengan pendaftarannya dalam daftar pemilih tambahan untuk mengemukakan suatu tuntutan.

(3)

Tiap-tiap tuntutan oleh orang yang disebut dalam subperaturan (1) atau (2), yang kemudian daripada ini disebut

“penuntut”, hendaklah dibuat dalam Borang C dalam Jadual dan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar atau mana-mana

Pendaftar dengan sendiri, melalui pos atau melalui cara elektronik.

(4)

Setelah menerima suatu tuntutan di bawah subperaturan (1)

atau (2), Ketua Pendaftar atau Pendaftar boleh, jika dia berpendapat bahawa butir-butir yang diberikan dalam tuntutan itu tidak mencukupi, meminta maklumat lanjut daripada penuntut.

(5)

Jika penuntut tidak memberikan maklumat lanjut dalam masa empat belas hari dari tarikh dia menerima permintaan di bawah subperaturan (4), tuntutan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan Ketua Pendaftar atau Pendaftar tidak akan mengambil tindakan selanjutnya.

WJW22/0142 P.U.(A) 293BM.indd 14 2/14/22 8:23 AM

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya

(Pendaftaran Pemilih)

(6)

Jika Ketua Pendaftar atau Pendaftar berpendapat bahawa sesuatu tuntutan di bawah peraturan ini boleh dibenarkan, dia hendaklah—

(a)

berkenaan dengan tuntutan di bawah subperaturan (1), memasukkan nama penuntut itu ke dalam daftar pemilih tambahan itu; atau

(b)

berkenaan dengan tuntutan di bawah subperaturan (2), memasukkan nama penuntut itu ke dalam daftar pemilih tambahan yang berkenaan, membuat apa-apa pembetulan dalam daftar pemilih tambahan itu atau mengambil apa-apa tindakan lain yang difikirkan perlu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Bantahan yang berhubungan dengan daftar pemilih tambahan

Section 14 — PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002