Malaysia legislation

Section 17

of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002

Seksyen 17

(2)

Jika suatu bantahan dibuat terhadap kemasukan mana-mana nama dalam daftar pemilih tambahan, Pendaftar boleh, semasa siasatan awam itu, memanggil pembantah untuk memberikan bukti prima facie mengenai alasan untuk bantahan itu.

(3)

Jika bukti prima facie yang disebut terdahulu diberikan,

Pendaftar hendaklah menghendaki bukti tentang kelayakan orang yang mengenainya bantahan itu telah dibuat, dan—

(a)

jika kelayakan orang itu tidak dibuktikan dengan memuaskan hati Pendaftar, hendaklah mengeluarkan nama orang itu daripada daftar pemilih tambahan itu;

(b)

jika kelayakan orang itu dibuktikan sedemikian, hendaklah mengekalkan nama orang itu dalam daftar pemilih tambahan itu.

(4)

Jika semasa siasatan awam, pembantah itu tidak hadir atau hadir tetapi tidak memberikan apa-apa bukti prima facie yang disebut terdahulu, maka Pendaftar hendaklah mengekalkan nama orang yang mengenainya bantahan dibuat dalam daftar pemilih tambahan itu tanpa meminta orang itu untuk membuktikan kelayakannya.

WJW22/0142 P.U.(A) 293BM.indd 17 2/14/22 8:23 AM

Undang-Undang Malaysia 18

(5)

Tanpa menjejaskan subperaturan (2), ketiadaan atau ketidakhadiran orang yang mengenainya bantahan dibuat dalam siasatan awam itu tidaklah melepaskan pembantah daripada memberikan bukti prima facie sedemikian untuk membuktikan hakikat bahawa nama orang yang mengenainya bantahan itu dibuat tidak sepatutnya ada, atau tidak berhak untuk terus dikekalkan, dalam daftar pemilih tambahan itu.

(6)

Sebelum mula mendengar bantahan dalam siasatan awam itu,

Pendaftar hendaklah berpuas hati bahawa notis dalam Borang F dalam Jadual telah disampaikan kepada orang yang mengenainya bantahan itu dibuat.

(7)

Jika bukti prima facie sedemikian diberikan semasa ketiadaan orang yang mengenainya bantahan itu dibuat, maka adalah sah bagi Pendaftar untuk mengeluarkan nama orang itu daripada daftar pemilih tambahan itu.

(8)

Jika tiada bukti prima facie sedemikian diberikan oleh pembantah, Pendaftar hendaklah mengekalkan nama orang itu dalam daftar pemilih tambahan itu.

Bantahan tanpa sebab yang munasabah

Section 17 — PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002