Malaysia legislation
Section 20
of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002
Seksyen 20
(2)
Tiap-tiap rayuan sedemikian hendaklah dibuat dalam Borang G dalam Jadual dan diserahkan kepada Pegawai Pengadil dengan sendiri berserta fi sebanyak lima ringgit dalam masa sepuluh hari dari tarikh keputusan yang berkenaan dengannya rayuan itu dibuat.
(3)
Pegawai Pengadil itu hendaklah mendengar rayuan itu secara terbuka selepas memberikan notis bertulis dalam Borang H dalam Jadual yang tidak kurang daripada empat hari genap tentang tarikh, masa dan tempat bagi pendengaran rayuan itu kepada pihak-pihak yang berkenaan dan boleh mengikut budi bicaranya mendengar apa-apa keterangan lanjut.
(4)
Pemutusan rayuan oleh Pegawai Pengadil di bawah
Peraturan-Peraturan ini adalah muktamad dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan dalam, atau diakas, diubah atau dibatalkan oleh, mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.
(5)
Tanpa menjejaskan subperaturan 23(2), jika pada mana-mana pendengaran rayuan—
(a)
perayu tidak hadir walaupun notis bertulis yang disebut dalam subperaturan (3) telah disampaikan kepadanya,
Pegawai Pengadil boleh menolak rayuan itu;
(b)
responden tidak hadir walaupun notis bertulis yang disebut dalam subperaturan (3) telah disampaikan kepadanya,
Pegawai Pengadil boleh mendengar dan memutuskan rayuan itu.
WJW22/0142 P.U.(A) 293BM.indd 19 2/14/22 8:23 AM
Undang-Undang Malaysia 20
(6)
Jika, atas penolakan suatu bantahan oleh Pendaftar, pembantah merayu di bawah subperaturan (1) kepada Pegawai
Pengadil, dan pada pendapat Pegawai Pengadil, rayuan itu telah dibuat tanpa sebab yang munasabah, Pegawai Pengadil itu boleh secara bertulis memerintahkan pembantah supaya membayar orang yang mengenainya bantahan itu telah dibuat sejumlah wang yang tidak melebihi dua ratus ringgit sebagai pampasan kerana apa-apa kehilangan masa atau apa-apa kesulitan yang ditanggung oleh orang itu akibat rayuan itu.
(7)
Jika mana-mana rayuan sedemikian seperti yang disebut terdahulu dibenarkan oleh Pegawai Pengadil, maka Pegawai
Pengadil berkuasa untuk menyemak atau membatalkan apa-apa perintah yang telah dibuat oleh Pendaftar bagi pembayaran pampasan oleh pembantah itu.
(8)
Apabila Pegawai Pengadil telah memutuskan rayuan yang telah dibuat mengenai bantahan, dia hendaklah menghantar kepada
Pendaftar suatu pernyataan yang ditandatanganinya sendiri yang mengandungi nama-nama yang telah diputuskannya hendaklah dikekalkan dalam atau dikeluarkan daripada, daftar pemilih tambahan itu dan Pendaftar hendaklah meminda daftar pemilih tambahan itu dengan sewajarnya.
Mendapatkan jumlah wang yang diawardkan