Skip to content
ActIn force

Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2007
Last amended
2024
Sections
18
Languages
MS · EN

Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 is Malaysia Act, cited as Act 676 2007, currently marked in force and first recorded in 2007.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI DALAM TALIAN

TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 676

AKTA KETERANGAN

SAKSI KANAK-KANAK 2007

Sebagaimana pada 11 Julai 2023

Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007

oleh Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa

Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1) Akta Penyemakan

Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH

2

Tarikh Perkenan Diraja

… … … ...

29 Ogos 2007

Tarikh penyiaran dalam

Warta

… … … ...

30 Ogos 2007

Kali terakhir dipinda melalui Akta A1688 yang mula berkuat kuasa pada

… … … ...

11 Julai 2023

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama

… … … … …

2017

3

Akta 676

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan yang berhubungan dengan pemberian keterangan oleh saksi kanak-kanak, dan mengenai perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. [31 Disember 2007, P.U (B) 438/2007] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keterangan Saksi

Kanak-Kanak 2007.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen,

Mahkamah Majistret dan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi undang-undang;

6

Undang-Undang Malaysia

“pegawai perubatan” ertinya seorang pengamal perubatan berdaftar dalam perkhidmatan awam dan termasuklah seorang pengamal perubatan berdaftar dalam mana-mana hospital pelatih perubatan sesuatu universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan

Kolej Universiti 1971 [Akta 30];

“pegawai polis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Polis 1967 [Akta 344];

“pendengaran khas” ertinya suatu pendengaran khas yang dikendalikan oleh Mahkamah, yang keterangan pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula seseorang saksi kanak-kanak direkod terlebih dahulu;

“rakaman video”, berhubung dengan saksi kanak-kanak, ertinya suatu rakaman video mengenai keterangan lisan saksi kanak-kanak, dalam bentuk temu bual yang diadakan antara seorang pegawai polis dengan saksi kanak-kanak, yang diungkapkan dalam apa-apa format, dibuat bagi tujuan penerimaannya sebagai keterangan pemeriksaan utama saksi kanak-kanak;

“rangkaian secara langsung” ertinya suatu rangkaian televisyen secara langsung atau perkiraan lain yang seseorang saksi kanak-kanak, walaupun tidak hadir di bilik perbicaraan atau di tempat lain yang prosiding dijalankan, boleh melihat dan mendengar seseorang di dalam bilik perbicaraan atau di tempat lain itu dan untuk dilihat dan didengar oleh orang yang dinyatakan dalam perenggan 4(2)(a) hingga (d);

“saksi kanak-kanak” ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun yang dipanggil atau dicadangkan untuk dipanggil untuk memberi keterangan dalam mana-mana prosiding tetapi tidak termasuk seorang tertuduh atau seorang kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan.

Keterangan Saksi Kanak-Kanak 7

Bahagian II

CARA PEMBERIAN KETERANGAN OLEH

SAKSI KANAK-KANAK

Bagaimana keterangan saksi kanak-kanak boleh diberikan

(1)

Seseorang saksi kanak-kanak boleh, pada mana-mana peringkat suatu perbicaraan, memberi keterangan dalam mana-mana satu atau gabungan cara yang berikut:

(a)

dengan mengadakan suatu pengadang di antara kanak-kanak itu dengan tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan;

(2)

Bagi maksud seksyen ini, mana-mana keterangan yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai keterangan yang diberikan dalam Mahkamah terbuka.

Pengadangan

(1)

Seorang saksi kanak-kanak, semasa memberi keterangan di dalam Mahkamah, boleh dihalang dengan cara suatu pengadang atau perkiraan lain daripada melihat dan dilihat oleh tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan.

(2)

Pengadang atau perkiraan lain itu tidak boleh menghalang saksi kanak-kanak itu daripada boleh melihat, dan dilihat oleh—

(c)

peguam bela bagi tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan; dan

(3)

Jika dua orang peguam bela atau lebih bertindak bagi tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan, kehendak perenggan

(2)

(c)

telah dipenuhi sekiranya saksi kanak-kanak itu boleh pada setiap masa yang material melihat dan dilihat oleh sekurang-kurangnya seorang daripada peguam bela itu.

Keterangan melalui rangkaian secara langsung

(1)

Jika saksi kanak-kanak memberi keterangan dengan cara rangkaian secara langsung dari suatu lokasi selain bilik perbicaraan, lokasi itu hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada bilik perbicaraan yang di dalamnya prosiding itu dijalankan bagi maksud seksyen ini.

(2)

Mahkamah boleh membuat suatu perintah yang menentukan—

(a)

bahawa seorang kakitangan Mahkamah hadir di lokasi itu;

(c)

mana-mana orang dewasa yang dibenarkan oleh

Mahkamah untuk menemani saksi kanak-kanak itu;

(d)

orang di dalam bilik perbicaraan yang tidak boleh didengar, atau dilihat dan didengar, oleh saksi kanak-kanak dan oleh orang yang menemani saksi kanak-kanak itu;

(e)

orang di dalam bilik perbicaraan yang mestilah boleh melihat dan mendengar saksi kanak-kanak dan orang yang menemani saksi kanak-kanak itu;

(f)

kaedah pengendalian sistem rangkaian secara langsung termasuklah pematuhan apa-apa standard teknikal

Keterangan Saksi Kanak-Kanak 9

minimum sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Hakim

Negara Mahkamah Persekutuan; dan

(g)

apa-apa perkara lain yang Mahkamah pertimbangkan perlu demi kepentingan keadilan.

Rakaman video saksi kanak-kanak

(1)

Jika suatu rakaman video saksi kanak-kanak diberikan dalam keterangan, rakaman video itu hendaklah diterima sebagai keterangan pemeriksaan utama saksi kanak-kanak itu:

Dengan syarat bahawa kandungan rakaman video itu hendaklah tertakluk pada Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

(2)

Suatu rakaman video di bawah subseksyen (1) tidak boleh diterima melainkan jika—

(a)

disertakan dengan suatu transkrip bahasa asal yang digunakan dalam rakaman video itu; dan

(b)

disertakan dengan suatu terjemahan transkrip itu, jika bahasa yang digunakan dalam rakaman video itu adalah selain bahasa kebangsaan.

(3)

Suatu perakuan oleh seseorang yang membuat rakaman video menurut subseksyen (1) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, diterima sebagai keterangan prima facie tentang ketulenan kandungan rakaman video itu.

(4)

Jika suatu rakaman video itu diterima di bawah seksyen ini, saksi kanak-kanak itu hendaklah dipanggil untuk diperiksa utama selanjutnya oleh pihak yang mengemukakan rakaman video itu dalam keterangan atas apa-apa perkara yang, pada pendapat pihak itu, telah tidak diperkatakan dengan secukupnya dalam testimoni saksi kanak-kanak yang direkodkan itu.

(5)

Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini, jika saksi kanak-kanak itu dipanggil untuk diperiksa utama selanjutnya di

10

Undang-Undang Malaysia bawah subseksyen (4), dia boleh memberi keterangan dengan cara mengadakan suatu pengadang di antara kanak-kanak itu dengan tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan atau dengan cara rangkaian secara langsung.

(6)

Jika suatu rakaman video diberikan dalam keterangan di bawah seksyen ini, apa-apa pernyataan yang dibuat oleh saksi kanak-kanak itu yang didedahkan dalam rakaman itu hendaklah disifatkan seolah-olah diberikan oleh saksi kanak-kanak itu dalam keterangan lisan terus.

(7)

Dalam hal saksi kanak-kanak yang telah mengangkat sumpah,

Mahkamah hendaklah menerima pernyataan yang dibuat oleh saksi kanak-kanak dalam rakaman video itu sebagai keterangan bersumpah.

(8)

Dalam hal keterangan saksi kanak-kanak yang masih mentah,

Mahkamah, apabila menimbangkan pernyataan dalam rakaman video sebagai keterangan hendaklah menilai dan membuat suatu pendapat sama ada saksi kanak-kanak itu memiliki akal yang cukup dan faham tentang kewajipan bercakap benar, walaupun dengan tidak mengangkat sumpah.

Pendengaran khas

(1)

Jika Mahkamah mengarahkan supaya keterangan saksi kanak-kanak diberikan melalui suatu pendengaran khas, Mahkamah boleh menentukan masa dan tempat pendengaran khas hendaklah dikendalikan dan orang yang boleh hadir semasa pendengaran khas itu.

(2)

Semasa pendengaran khas itu, seseorang saksi kanak-kanak hendaklah mula-mulanya diperiksa secara utama oleh pihak kepada prosiding yang memanggilnya, kemudiannya, diperiksa balas jika dikehendaki sedemikian oleh pihak menentang, kemudiannya pula, diperiksa semula jika dikehendaki sedemikian oleh pihak yang telah memanggil saksi kanak-kanak itu.

Keterangan Saksi Kanak-Kanak 11

(3)

Jika keterangan saksi kanak-kanak telah diberikan melalui suatu pendengaran khas, saksi kanak-kanak itu tidak boleh dipanggil semula untuk pemeriksaan utama, pemeriksaan balas atau pemeriksaan semula selanjutnya dalam prosiding kes itu melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa—

(a)

pemeriksaan itu diminta oleh suatu pihak kepada prosiding itu disebabkan setelah pihak itu menyedari pada masa keterangan itu direkodkan mengenai hal perkara yang tidak dapat dipastikan oleh pihak itu dengan usaha yang munasabah pada ketika itu; atau

(b)

demi kepentingan keadilan untuk membenarkan pemeriksaan lanjut saksi kanak-kanak itu jika keterangan saksi kanak-kanak itu didapati oleh Mahkamah penting untuk mencapai keputusan yang adil dalam kes itu.

(4)

Seseorang saksi kanak-kanak semasa pendengaran khas boleh memberikan keterangan dengan cara mengadakan suatu pengadang di antara kanak-kanak itu dengan tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan atau dengan cara rangkaian secara langsung atau gabungan kedua-duanya.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, Mahkamah boleh, jika perlu, memberikan apa-apa arahan mengenai apa-apa hal perkara lain yang berhubungan dengan pendengaran khas sebagaimana yang

Mahkamah fikirkan sesuai.

Soalan tidak wajar

(1)

Mahkamah hendaklah melarang apa-apa soalan tidak wajar kepada saksi kanak-kanak yang didapati oleh Mahkamah sebagai—

(b)

menghina, menakut-nakutkan, mengaibkan, mengganggu, menggusarkan, menyinggung, menindas atau mengulang secara tidak perlu;

12

Undang-Undang Malaysia

(c)

memperkecil-kecilkan dalam cara atau nadanya atau selainnya tidak sesuai; atau

(d)

tidak berasas malah yang membuat tanggapan stereotaip berdasarkan jantina, ras, budaya atau etnik, umur atau ketidakupayaan saksi kanak-kanak itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Mahkamah boleh mengambil kira umur, kematangan, kerentanan atau ketidakupayaan saksi kanak-kanak itu dan juga latar belakang budaya atau kepercayaan agama saksi kanak-kanak itu.

Rakaman video terdahulu saksi kanak-kanak boleh dibuktikan

Apabila seseorang kanak-kanak mencapai umur lapan belas tahun sebelum memberi keterangan di dalam Mahkamah, apa-apa rakaman video terdahulu yang diberikan oleh saksi kanak-kanak itu, yang dibuat menurut seksyen 6, boleh dibuktikan.

Pemeriksaan saksi kanak-kanak melalui perantara

(1)

Apa-apa pemeriksaan saksi kanak-kanak boleh dijalankan melalui Mahkamah atau seorang jurubahasa atau mana-mana orang lain yang dibenarkan oleh Mahkamah, yang bertindak sebagai perantara, bagi maksud seksyen ini.

(2)

Fungsi perantara adalah untuk menyampaikan—

(a)

kepada saksi kanak-kanak, soalan yang ditujukan kepada saksi kanak-kanak itu; dan

(b)

kepada mana-mana orang yang bertanyakan apa-apa soalan, jawapan yang diberikan oleh saksi kanak-kanak sebagai menjawab soalan-soalan itu, dan untuk menerangkan soalan atau jawapan itu setakat yang perlu bagi membolehkan soalan dan jawapan itu difahami oleh saksi kanak-kanak itu.

Keterangan Saksi Kanak-Kanak 13

(3)

Perantara tidak boleh—

(a)

memberikan galakan kepada saksi kanak-kanak itu untuk menjawab mana-mana soalan;

(c)

mengganggu saksi kanak-kanak itu semasa dia disoal.

(4)

Tertuduh yang tidak diwakili tidak berhak untuk menyoal saksi kanak-kanak secara langsung tetapi boleh berbuat sedemikian melalui perantara.

Orang dewasa yang menemani saksi kanak-kanak

(1)

Mahkamah boleh membenarkan seorang saksi kanak-kanak ditemani oleh seorang dewasa semasa memberi keterangan dalam mana-mana prosiding.

(2)

Mahkamah boleh membenarkan lebih daripada seorang dewasa untuk menemani saksi kanak-kanak jika Mahkamah mempertimbangkannya demi kepentingan keadilan untuk berbuat sedemikian.

(3)

Orang dewasa yang menemani saksi kanak-kanak itu tidak boleh—

(a)

memberikan galakan kepada saksi kanak-kanak itu untuk menjawab mana-mana soalan;

(c)

mengganggu saksi kanak-kanak itu semasa dia disoal.

14

Undang-Undang Malaysia

Pakaian rasmi boleh diketepikan

Mahkamah boleh mengarahkan bahawa pemakaian kot, jaket, gaun atau pakaian rasmi lain hakim dan pegawai Mahkamah diketepikan semasa pemberian keterangan oleh saksi kanak-kanak.

Anggapan umur saksi kanak-kanak

(1)

Jika Mahkamah meragui umur tepat seseorang saksi kanak-kanak, suatu perakuan pegawai perubatan yang bermaksud sedemikian, yang pada pendapatnya, saksi kanak-kanak itu telah mencapai atau belum mencapai umur yang dinyatakan boleh diberi dalam keterangan, dan Mahkamah hendaklah mengisytiharkan umur saksi kanak-kanak itu bagi maksud Akta ini.

(2)

Umur saksi kanak-kanak yang diisytiharkan oleh Mahkamah di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai umur sebenar saksi kanak-kanak itu, melainkan jika dan sehingga dibuktikan sebaliknya.

Saksi kanak-kanak yang menderita kurang upaya

(1)

Saksi kanak-kanak yang mengalami apa-apa ketidakupayaan boleh, selain memberi keterangan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan dalam subseksyen 3(1) atau suatu gabungan cara yang ditetapkan dalam subseksyen itu, memberi keterangannya mengikut apa-apa cara lain yang menjadikannya boleh difahami.

(2)

Keterangan yang diberikan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai keterangan lisan.

(3)

Dalam seksyen ini,

“ketidakupayaan”

termasuklah keterbatasan aktiviti yang diakibatkan oleh lemah fizikal, intelektual atau deria, keadaan kesihatan atau penyakit mental yang boleh bersifat kekal atau sementara.

Keterangan Saksi Kanak-Kanak 15

Saksi kanak-kanak mencapai umur lapan belas tahun semasa memberi keterangan semasa perbicaraan

Apabila seseorang saksi kanak-kanak memberi keterangan di hadapan Mahkamah dan semasa memberi keterangan dia mencapai umur lapan belas tahun, Mahkamah hendaklah terus mendengar keterangan saksi kanak-kanak itu dan menjalankan semua kuasa di bawah Akta ini.

Sekatan terhadap laporan dan penyiaran media

(1)

Tiada seorang pun boleh mendedahkan atau menyiarkan apa-apa butir dalam mana-mana media massa atau menghantar melalui apa-apa perantara elektronik yang boleh membawa kepada pengenalpastian saksi kanak-kanak, terutamanya nama dan alamat saksi kanak-kanak itu, serta nama dan butir-butir lain institusi pendidikan yang dia hadiri.

(2)

Gambar saksi kanak-kanak atau mana-mana orang lain, tempat atau benda yang boleh membawa kepada pengenalpastian saksi kanak-kanak dalam prosiding yang disebut dalam subseksyen (1), tidak boleh disiarkan dalam mana-mana media massa atau dihantar melalui apa-apa perantara elektronik.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Bahagian III

(1)

Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kesan sepenuhnya kepada atau bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

16

Undang-Undang Malaysia

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—

(a)

untuk menetapkan tatacara yang hendak digunakan bagi apa-apa maksud Akta ini; dan

(b)

untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan dan pentadbiran kemudahan yang diberikan kepada saksi kanak-kanak.

Pemakaian Akta Keterangan 1950 dan Kanun Tatacara Jenayah

Peruntukan Akta Keterangan 1950 dan Kanun Tatacara

Jenayah [Akta 593] hendaklah terus terpakai kecuali setakat yang peruntukan itu secara nyata diubah suai oleh Akta ini.

17

Akta 676

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1688

Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak

(Pindaan) 2023 11-07-2023

18

Akta 676

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

2

Akta A1688 11-07-2023 3

Akta A1688 11-07-2023 6A

Akta A1688 11-07-2023 6B

Akta A1688 11-07-2023 7

Akta A1688 11-07-2023 13

Akta A1688 11-07-2023

Common questions

What is Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007?
Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 is Malaysia Act, cited as Act 676 2007, currently marked in force and first recorded in 2007.
Is Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 still in force?
Yes — Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 is currently in force.
When did Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 take effect?
Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 was first recorded in 2007.
How many sections does Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 have?
Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 contains 18 sections.
What amends Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007?
Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 has been amended by Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 and Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024.
Where can I read the official version of Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007?
The official text of Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.