Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 · Updated to 3 Mar 2025 · Bahagian II · Cara Pemberian Keterangan Oleh Saksi Kanak-Kanak
6B. Soalan tidak wajar
Feedback & supportMahkamah hendaklah melarang apa-apa soalan tidak wajar kepada saksi kanak-kanak yang didapati oleh Mahkamah sebagai—
memperdayakan atau mengelirukan;
menghina, menakut-nakutkan, mengaibkan, mengganggu, menggusarkan, menyinggung, menindas atau mengulang secara tidak perlu;
memperkecil-kecilkan dalam cara atau nadanya atau selainnya tidak sesuai; atau
Keterangan Saksi Kanak-Kanak 17
tidak berasas malah yang membuat tanggapan stereotaip berdasarkan jantina, ras, budaya atau etnik, umur atau ketidakupayaan saksi kanak-kanak itu.
Bagi maksud subseksyen (1), Mahkamah boleh mengambil kira umur, kematangan, kerentanan atau ketidakupayaan saksi kanak-kanak itu dan juga latar belakang budaya atau kepercayaan agama saksi kanak-kanak itu.