Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 · Updated to 3 Mar 2025 · Bahagian II · Cara Pemberian Keterangan Oleh Saksi Kanak-Kanak
8. Pemeriksaan saksi kanak-kanak melalui perantara
Feedback & supportApa-apa pemeriksaan saksi kanak-kanak boleh dijalankan melalui Mahkamah atau seorang jurubahasa atau mana-mana orang lain yang dibenarkan oleh Mahkamah, yang bertindak sebagai perantara, bagi maksud seksyen ini.
Fungsi perantara adalah untuk menyampaikan—
kepada saksi kanak-kanak, soalan yang ditujukan kepada saksi kanak-kanak itu; dan
kepada mana-mana orang yang bertanyakan apa-apa soalan, jawapan yang diberikan oleh saksi kanak-kanak sebagai menjawab soalan-soalan itu, dan untuk menerangkan soalan atau jawapan itu setakat yang perlu bagi membolehkan soalan dan jawapan itu difahami oleh saksi kanak-kanak itu.
Perantara tidak boleh—
18
Undang-Undang Malaysia
memberikan galakan kepada saksi kanak-kanak itu untuk menjawab mana-mana soalan;
mempengaruhi jawapan saksi kanak-kanak itu; atau
mengganggu saksi kanak-kanak itu semasa dia disoal.
Tertuduh yang tidak diwakili tidak berhak untuk menyoal saksi kanak-kanak secara langsung tetapi boleh berbuat sedemikian melalui perantara.