Skip to content

Seksyen 14

Sekatan terhadap laporan dan penyiaran media

of Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007

ActIn forceProvision 16 of 18
Seksyen 14
(1)

Tiada seorang pun boleh mendedahkan atau menyiarkan apa-apa butir dalam mana-mana media massa atau menghantar melalui apa-apa perantara elektronik yang boleh membawa kepada pengenalpastian saksi kanak-kanak, terutamanya nama dan alamat saksi kanak-kanak itu, serta nama dan butir-butir lain institusi pendidikan yang dia hadiri.

(2)

Gambar saksi kanak-kanak atau mana-mana orang lain, tempat atau benda yang boleh membawa kepada pengenalpastian saksi kanak-kanak dalam prosiding yang disebut dalam subseksyen (1), tidak boleh disiarkan dalam mana-mana media massa atau dihantar melalui apa-apa perantara elektronik.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.