Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 · Updated to 3 Mar 2025 · Bahagian II · Cara Pemberian Keterangan Oleh Saksi Kanak-Kanak
6. Rakaman video saksi kanak-kanak
Feedback & supportJika suatu rakaman video saksi kanak-kanak diberikan dalam keterangan, rakaman video itu hendaklah diterima sebagai keterangan pemeriksaan utama saksi kanak-kanak itu:
Dengan syarat bahawa kandungan rakaman video itu hendaklah tertakluk pada Akta Keterangan 1950 [Akta 56].
Suatu rakaman video di bawah subseksyen (1) tidak boleh diterima melainkan jika—
disertakan dengan suatu transkrip bahasa asal yang digunakan dalam rakaman video itu; dan
disertakan dengan suatu terjemahan transkrip itu, jika bahasa yang digunakan dalam rakaman video itu adalah selain bahasa kebangsaan.
Walau apa pun subseksyen (2), suatu rakaman video boleh diterima tanpa disertakan dengan transkrip bahasa asal yang digunakan dalam rakaman video itu dan terjemahan bagi transkrip itu jika Mahkamah berpuas hati bahawa penyediaan transkrip bahasa asal itu tidak boleh dilaksanakan.
Suatu perakuan oleh seseorang yang membuat rakaman video menurut subseksyen (1) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, diterima sebagai keterangan prima facie tentang ketulenan kandungan rakaman video itu.
Jika suatu rakaman video itu diterima di bawah seksyen ini, saksi kanak-kanak itu hendaklah dipanggil untuk diperiksa utama selanjutnya oleh pihak yang mengemukakan rakaman video itu dalam
Keterangan Saksi Kanak-Kanak 15
keterangan atas apa-apa perkara yang, pada pendapat pihak itu, telah tidak diperkatakan dengan secukupnya dalam testimoni saksi kanak-kanak yang direkodkan itu.
Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini, jika saksi kanak-kanak itu dipanggil untuk diperiksa utama selanjutnya di bawah subseksyen (4), dia boleh memberi keterangan dengan cara mengadakan suatu pengadang di antara kanak-kanak itu dengan tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan atau dengan cara rangkaian secara langsung.
Jika suatu rakaman video diberikan dalam keterangan di bawah seksyen ini, apa-apa pernyataan yang dibuat oleh saksi kanak-kanak itu yang didedahkan dalam rakaman itu hendaklah disifatkan seolah-olah diberikan oleh saksi kanak-kanak itu dalam keterangan lisan terus.
(Dipotong oleh Akta A1731).
(Dipotong oleh Akta A1731).