Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 · Updated to 3 Mar 2025 · Bahagian II · Cara Pemberian Keterangan Oleh Saksi Kanak-Kanak
9. Orang dewasa yang menemani saksi kanak-kanak
Feedback & support(1)
Mahkamah boleh membenarkan seorang saksi kanak-kanak ditemani oleh seorang dewasa semasa memberi keterangan dalam mana-mana prosiding.
(2)
Mahkamah boleh membenarkan lebih daripada seorang dewasa untuk menemani saksi kanak-kanak jika Mahkamah mempertimbangkannya demi kepentingan keadilan untuk berbuat sedemikian.
(3)
Orang dewasa yang menemani saksi kanak-kanak itu tidak boleh—
(a)
memberikan galakan kepada saksi kanak-kanak itu untuk menjawab mana-mana soalan;
(b)
mempengaruhi jawapan saksi kanak-kanak itu; atau
(c)
mengganggu saksi kanak-kanak itu semasa dia disoal.