Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 · Updated to 3 Mar 2025 · Bahagian II · Cara Pemberian Keterangan Oleh Saksi Kanak-Kanak
4. Pengadangan
Feedback & supportSeorang saksi kanak-kanak, semasa memberi keterangan di dalam Mahkamah, boleh dihalang dengan cara suatu pengadang atau perkiraan lain daripada melihat dan dilihat oleh tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan.
Pengadang atau perkiraan lain itu tidak boleh menghalang saksi kanak-kanak itu daripada boleh melihat, dan dilihat oleh—
Mahkamah;
pendakwa;
Keterangan Saksi Kanak-Kanak 13
peguam bela bagi tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan; dan
jurubahasa.
Jika dua orang peguam bela atau lebih bertindak bagi tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan, kehendak perenggan
(c)
telah dipenuhi sekiranya saksi kanak-kanak itu boleh pada setiap masa yang material melihat dan dilihat oleh sekurang-kurangnya seorang daripada peguam bela itu.