Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 · Updated to 3 Mar 2025 · Bahagian II · Cara Pemberian Keterangan Oleh Saksi Kanak-Kanak
5. Keterangan melalui rangkaian secara langsung
Feedback & supportJika saksi kanak-kanak memberi keterangan dengan cara rangkaian secara langsung dari suatu lokasi selain bilik perbicaraan, lokasi itu hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada bilik perbicaraan yang di dalamnya prosiding itu dijalankan bagi maksud seksyen ini.
Mahkamah boleh membuat suatu perintah yang menentukan—
bahawa seorang kakitangan Mahkamah hadir di lokasi itu;
jurubahasa bagi prosiding itu;
mana-mana orang dewasa yang dibenarkan oleh
Mahkamah untuk menemani saksi kanak-kanak itu;
orang di dalam bilik perbicaraan yang tidak boleh didengar, atau dilihat dan didengar, oleh saksi kanak-kanak dan oleh orang yang menemani saksi kanak-kanak itu;
orang di dalam bilik perbicaraan yang mestilah boleh melihat dan mendengar saksi kanak-kanak dan orang yang menemani saksi kanak-kanak itu;
kaedah pengendalian sistem rangkaian secara langsung termasuklah pematuhan apa-apa standard teknikal
14
Undang-Undang Malaysia minimum sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Hakim
Negara Mahkamah Persekutuan; dan
apa-apa perkara lain yang Mahkamah pertimbangkan perlu demi kepentingan keadilan.