Skip to content
In forceUpdated to 30 Sep 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Penguatkuasaan

29. Kuasa penangkapan

(1)

Seseorang pegawai penguat kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang—

(a)

yang didapati melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah

Akta ini; atau

(b)

yang dengan semunasabahnya disyaki oleh pegawai penguat kuasa sebagai terlibat dalam melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat penangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu, orang itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.

Report