Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian IV · Penguatkuasaan
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian IV · Penguatkuasaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen atau apa-apa organ manusia disita di bawah
Bahagian ini, pegawai penguat kuasa hendaklah menyediakan suatu senarai benda yang disita dan dengan serta-merta menghantarserahkan satu salinan yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis atau pemunya pengangkut yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekerjanya, di premis atau pengangkut itu.
Jika premis itu tidak berpenghuni, pegawai penguat kuasa itu hendaklah, bila-bila masa mungkin, menampalkan suatu senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat pada atau di tempat atau premis itu.
Bahagian VI