Skip to content
In forceUpdated to 30 Sep 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Penguatkuasaan

35. Kebolehterimaan pernyataan

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seseorang pegawai penguat kuasa semasa penyiasatan dibuat di bawah Akta ini boleh digunakan dalam keterangan.

(2)

Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pihak pendakwa atau pembela, selain tertuduh, dan terdapat suatu asas untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu, Mahkamah hendaklah, tertakluk pada peruntukan Akta Keterangan 1950 [Akta 56], merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada seseorang pegawai penguat kuasa dalam perjalanan suatu penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudiannya menggunakan pernyataan itu untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu.

Undang-Undang Malaysia 42

(3)

Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan bagi menyokong pembelaannya semasa perbicaraan.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi mana-mana pernyataan yang dibuat semasa suatu perbarisan cam atau terangkum dalam seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i)

dan (j) Akta Keterangan 1950.

(5)

Apabila mana-mana orang dipertuduh atas apa-apa kesalahan berhubung dengan—

(a)

pembuatan; atau

(b)

kandungan, apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada seseorang pegawai penguat kuasa semasa penyiasatan dibuat di bawah Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.

Report