Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian IV · Penguatkuasaan
30. Penggeledahan dan penyitaan dengan waran
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika seseorang Majistret mendapati, atas maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majistret itu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa—
mana-mana premis atau pengangkut telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau
ada di dalam mana-mana premis atau pengangkut keterangan yang perlu bagi menjalankan penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada pegawai penguat kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah, sama ada pada waktu siang atau malam, untuk memasuki premis atau pengangkut itu.
Undang-Undang Malaysia 38
Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa kepada pegawai penguat kuasa untuk—
menggeledah premis atau pengangkut itu, dan untuk menyita atau mengalihkan dari premis atau pengangkut itu, apa-apa harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen, atau apa-apa organ manusia, yang dengan semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu; dan
membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, laporan atau dokumen yang dijumpai di premis atau pengangkut itu.
Seseorang pegawai penguat kuasa yang memasuki mana-mana premis atau pengangkut di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya mana-mana orang lain dan kelengkapan sebagaimana yang didapatinya perlu.
Seseorang pegawai penguat kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu—
memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis atau pengangkut itu atau apa-apa halangan kepada premis atau pengangkut itu untuk masuk ke dalam premis atau pengangkut itu;
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakan di bawah seksyen ini; dan
menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis atau pengangkut itu sehingga penggeledahan itu selesai.
Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk mengalihkan apa-apa harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen atau apa-apa organ manusia yang disita di bawah seksyen ini, pegawai penguat kuasa itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen atau apa-apa organ manusia itu dalam premis atau pengangkut yang di dalamnya ia dijumpai.
Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran 2007 39
Seseorang yang, tanpa kuasa sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) atau mengalihkan harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen atau apa-apa organ manusia yang dilak, atau cuba berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan.
Bahagian V
Bahagian VI