Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian IV · Penguatkuasaan
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian IV · Penguatkuasaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran geledah di bawah seksyen 30, penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu mungkin diganggu, dialihkan, dirosakkan atau dimusnahkan, dia boleh, tanpa waran, dengan apa-apa bantuan dan kekerasan sebagaimana yang perlu—
memasuki dan menggeledah mana-mana premis;
memberhentikan dan memeriksa mana-mana pengangkut atau orang;
menyita dan menahan pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen atau organ manusia; atau
memeriksa, membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, rekod, laporan atau dokumen yang dijumpai dalam premis atau pengangkut itu.
Pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 30(3), (4) dan (5).
Bahagian VI