Akta Dagangan Komoditi 1985 · As enacted · Bahagian VIII · Amalan-Amalan Dagangan
67. Jika di bawah seksyen 66 Suruhanjaya telah menetapkan sesuatu had, tiada seorangpun boleh—
Feedback & supportsecara langsung atau secara tak langsung, membeli atau menjual atau bersetuju untuk membeli atau menjual, di bawah kontrak hadapan bagi komoditi tertentu itu di dalam, atau tertakluk kepada kaedah-kaedah, pasaran komoditi yang pemberitahuan itu terpakai baginya, seberapa banyak komoditi tertentu itu dalam manamana satu hari urusan yang melebihi apa-apa had dagangan yang ditetapkan bagi satu hari urusan atau lain-lain tempoh yang dinyatakan oleh Suruhanjaya; atau
secara langsung atau secara tak langsung, memegang atau mengawal suatu kedudukan jangkanaik bersih atau jangkaturun bersih dalam komoditi tertentu itu untuk serahan hadapan di dalam, atau tertakluk kepada kaedah-kaedah, pasaran komoditi yang berkaitan itu melebihi apa-apa had kedudukan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya untuk atau berkenaan dengan komoditi tertentu itu.