Akta Dagangan Komoditi 1985 · As enacted · Bahagian VIII · Amalan-Amalan Dagangan
70. Section 70
Feedback & supportTiada seorangpun boleh dengan bersengaja mewujudkan atau menyebabkan supaya diwujudkan, atau melakukan apa-apa jua perkara dengan tujuan hendak mewujudkan suatu rupa yang palsu atau mengelirukan yang orang itu adalah berdagang dengan giat dalam sesuatu komoditi di dalam sesuatu pasaran komoditi.
Tiada seorangpun peniaga boleh dengan disedarinya melaksanakan, atau mengemukakan dirinya sebagai telah melaksanakan, sesuatu pesanan untuk membeli atau menjual suatu komoditi dalam pasaran hadapan, tanpa menyempurnakan suatu pembelian atau penjualan bona fide akan komoditi itu untuk tarikh serahan tertentu di dalam pasaran itu.
Tiada seorangpun boleh mengedar, menyebar, atau membenarkan, atau bersangkut-paut dalam, pengedaran atau penyebaran, apa-apa pernyataan atau maklumat yang bermaksud bahawa harga mana-mana kontrak hadapan itu akan atau mungkin naik atau turun oleh sebab operasi pasaran seseorang atau beberapa orang yang, pada pengetahuannya, dijalankan dengan melanggari subseksyen (1).