Seksyen 41D
Barang-barang yang tidak dibutirkan dalam daftar muatan
Jika apa-apa barang yang dicatatkan dalam daftar muatan mana-mana vesel, sebagaimana yang dikehendaki di bawah
Akta Kastam 1967, tidak dibutirkan dengan memuaskan hati pegawai yang hak dalam masa satu bulan daripada tarikh penyerahan pernyataan itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh
Eksais 75
pegawai itu, nakhoda atau ejen vesel itu boleh dikehendaki membayar kepada pegawai itu apabila diminta suatu jumlah wang tidak melebihi lima ribu ringgit dan, sebagai tambahan, dalam hal barang-barang berduti, ejen itu boleh dikehendaki membayar kepada pegawai itu apabila diminta amaun duti eksais yang boleh dilevi ke atas barang-barang itu atau, apabila duti yang betul tidak dapat ditaksir, suatu amaun yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
(2)
Jika orang yang boleh dikenakan penalti dalam subseksyen (1)
enggan atau gagal membayar penalti yang diminta daripadanya mana-mana pegawai kanan eksais boleh membawa guaman dan mendapatkan penalti itu di mahkamah Majistret Kelas Satu.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “ejen vesel” termasuklah penghantar fret.
Penyampaian notis, dsb.