Seksyen 43
Pegawai yang hak boleh mengambil contoh
Pegawai yang hak boleh pada bila-bila masa, jika kewajipannya memerlukan, mengambil contoh apa-apa barang bagi menentukan sama ada barang itu adalah barang dari suatu jenis yang boleh dikenakan sesuatu duti, atau bagi menentukan duti yang kena dibayar atas barang itu, atau bagi apa-apa maksud lain yang difikirkan
Eksais 77
perlu oleh pegawai yang hak, dan contoh itu boleh dilupuskan mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Tiada sesuatu pembayaran perlu dibuat untuk apa-apa contoh yang diambil di bawah subseksyen (1), tetapi pegawai yang hak hendaklah memberi suatu resit bagi sesuatu contoh itu.