Skip to content

Seksyen 45

Penambahan atau pengurangan duti baharu atau duti yang diubah dalam hal kontrak

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 86 of 190
Seksyen 45
(1)

Jika sesuatu duti eksais baharu dikenakan atau jika sesuatu duti eksais dinaikkan, dan apa-apa barang-barang yang berkenaan dengannya duti itu kena dibayar adalah diserahkan selepas tarikh duti baru atau duti yang dinaikkan itu mula berkuat kuasa mengikut sesuatu kontrak yang dibuat sebelum tarikh itu, penjual barang-barang itu boleh, jika tidak ada perjanjian sebaliknya, mendapatkan balik sebagai suatu tambahan kepada harga kontrak itu sejumlah wang sama banyak dengan apa-apa amaun yang telah dibayar olehnya berkenaan dengan barang-barang itu oleh sebab duti baharu atau kenaikan duti itu, mengikut mana yang berkenaan.

(2)

Jika sesuatu duti eksais dibatal atau dikurangkan dan apa-apa barang-barang yang terlibat dengan duti itu adalah diserahkan selepas tarikh duti itu dibatalkan atau pengurangan duti itu mula berkuat kuasa mengikut suatu kontrak yang dibuat sebelum tarikh itu, pembeli barang-barang itu boleh, jika tidak ada perjanjian sebaliknya dan jika penjual barang-barang itu telah, berkenaan dengan barang-barang itu, mendapat faedah daripada pembatalan atau pengurangan duti itu, memotong daripada harga kontrak itu sejumlah wang yang sama banyak dengan amaun duti atau pengurangan duti itu, mengikut mana yang berkenaan.