Skip to content

Seksyen 44B

Perlindungan terhadap saman dan prosiding undang-undang

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 85 of 190
Seksyen 44B

Tiada tindakan, saman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

mana-mana pegawai eksais;

(b)

mana-mana pegawai polis yang mempunyai kuasa seorang pegawai kanan eksais atau pegawai eksais di bawah seksyen 4A; dan

(c)

mana-mana pegawai yang hak, bagi atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat itu.

Eksais 81