Skip to content

Seksyen 41C

Ketua stesen kereta api hendaklah mengemukakan invois dan bil angkutan

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 77 of 190
Seksyen 41C
(1)

Ketua stesen kereta api di tempat pengimportan barang-barang melalui kereta api dan di stesen kastam tempat barang-barang berduti dikonsainkan hendaklah mengemukakan invois atau bil angkutan atau apa-apa dokumen lain yang diluluskan oleh Ketua

Pengarah kepada pegawai yang hak, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan barang-barang itu.

(2)

Tiada kargo boleh dimuatkan ke dalam atau dipunggah dari kereta api, kecuali dengan kebenaran pegawai yang hak.