Skip to content

Seksyen 42A

Bagasi penumpang

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 80 of 190
Seksyen 42A
(1)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, tiap-tiap penumpang atau orang lain yang tiba di Malaysia hendaklah membuat akuan tentang semua barang berduti dalam miliknya, sama ada pada dirinya atau dalam mana-mana bagasi atau dalam mana-mana kenderaan, kepada pegawai yang hak, dan jika dia tidak berbuat demikian barang-barang itu hendaklah disifatkan sebagai barang-barang menyalahi eksais.

(2)

Bagasi penumpang atau mana-mana orang boleh diperiksa dan diserahkan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Ketua

Pengarah, dan menjadi tugas orang yang menjaga bagasi itu untuk mengemukakan, membuka, mengeluarkan dan membungkus semula bagasi itu.