Seksyen 60
Pemeriksaan sebahagian barang-barang yang disita hendaklah diterima oleh mahkamah
Apabila apa-apa barang yang disyaki sebagai berduti atau selainnya boleh kena disita telah disita, maka memadailah dibuka dan diperiksa lima peratus sahaja daripada setiap jenis bungkusan atau bekas yang mengandungi barang-barang itu.
(2)
Jika didapati perlu untuk menguji mana-mana barang yang disita di bawah Akta ini, maka memadailah diuji hanya suatu contoh yang tidak melebihi lima peratus isipadu atau berat barang-barang yang diperiksa di bawah subseksyen (1).
(3)
Mahkamah hendaklah menganggap bahawa barang-barang yang terkandung dalam bungkusan-bungkusan atau bekas-bekas yang tidak dibuka itu adalah sama jenis, kuantiti dan kualitinya dengan barang-barang yang didapati dalam bungkusan-bungkusan atau bekas-bekas seumpamanya yang telah dibuka itu.