Seksyen 65
Barang-barang yang boleh dikenakan penyitaan boleh dikenakan lucut hak
ActIn forceProvision 125 of 190
Seksyen 65
(1)
Semua barang-barang yang boleh dikenakan penyitaan di bawah Akta ini boleh dikenakan lucut hak.
(2)
Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 66, 67, 68 dan 69
perkataan “barang-barang” hendaklah disifatkan termasuk bekas dan pengangkut selain vesel yang melebihi dua ratus tan berat-tan bersih yang didaftarkan.
(3)
Semua benda yang dilucut hak hendaklah diserahkan kepada pegawai yang hak dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Ketua
Pengarah.