Skip to content
In forceUpdated to 30 Dec 2023Read it in English
Contents

Bahagian XI · Peruntukan Mengenai Perbicaraan dan Prosiding

66. Mahkamah hendaklah memerintahkan barang-barang yang disita dilupuskan

Feedback & support
(1)

Sesuatu perintah bagi lucut hak atau pelepasan sesuatu benda yang boleh dikenakan lucut hak di bawah peruntukan Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya sesuatu pendakwaan mengenainya telah diadakan.

(2)

Suatu perintah bagi lucut hak barang-barang hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa sesuatu kesalahan terhadap

Akta ini atau terhadap mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa barang-barang itu adalah hal perkara, atau telah digunakan dalam melakukan, kesalahan itu walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

Eksais 117

(3)

Amaun yang dijamin di bawah perenggan 55(1)(a) atau (b) atau amaun yang dihasilkan melalui jualan di bawah perenggan (1)(c)

tersebut hendaklah dilucuthakkan oleh mahkamah jika dibuktikan hingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap

Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa barang-barang yang berkenaan dengannya amaun itu telah dijamin atau dihasilkan melalui jualan, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah menjadi hal perkara, atau telah digunakan dalam melakukan, kesalahan itu walaupun tiada seorang pun mungkin telah disabitkan atas kesalahan itu.

Barang-barang yang disita yang berkenaan dengannya tiada pendakwaan, atau hasil jualannya, adalah terlucut hak jika tidak dituntut dalam masa satu bulan

Report

Bahagian XII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XIII

Peraturan-Peraturan

Bahagian XIV

Dengan Labuan

Bahagian XV

Dengan Sabah dan Sarawak

Bahagian XVC

Peruntukan Khas Berkenaan Dengan Kawasan Pembangunan Bersama

Bahagian XVI

Pemansuhan

Schedules