Seksyen 63A
Kewajipan kerahsiaan
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 64, nama, alamat, nombor kad pengenalan dan nombor pasport seseorang pemberi maklumat dan isi maklumat yang diterima daripada seseorang pemberi maklumat hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh dizahirkan oleh mana-mana pegawai yang hak atau mana-mana orang yang dalam perjalanan biasa tugasnya memperoleh atau mengawal atau mendapat akses kepada maklumat itu kepada mana-mana orang kecuali pegawai eksais ditetapkan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah.
(2)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.
114 Undang-Undang Malaysia AKTA 176