Seksyen 62A
Bukti tentang tanan atau binaan sesuatu pesawat
Jika dalam mana-mana pendakwaan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, adalah relevan untuk menentukan tanan atau binaan atau butir-butir lain yang memperihalkan identiti sesuatu pesawat, dan jika mana-mana butir ini yang berhubungan dengan identiti pesawat itu dipersoalkan, maka apa-apa dokumen yang dikemukakan oleh pihak pendakwa yang berupa sebagai suatu perakuan berkenaan dengan apa-apa perkara sedemikian yang diberikan dan ditandatangani oleh mana-mana pegawai yang bertanggungjawab bagi perkara sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa di
Malaysia hendaklah boleh diterima sebagai keterangan, dan perakuan itu hendaklah menjadi keterangan tentang kandungannya, termasuk fakta yang dinyatakan di dalamnya, tanpa bukti tandatangan pada perakuan itu.
(2)
Peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis atau rukun keterangan lain yang berlawanan.
Bukti tentang ketepatan kompas, radar, dsb.