Akta Eksais 1976 · Updated to 30 Dec 2023 · Bahagian XI · Peruntukan Mengenai Perbicaraan dan Prosiding
69A. Kos memegang barang-barang, dokumen atau benda yang disita
Feedback & supportJika apa-apa barang-barang, dokumen atau benda yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan pegawai eksais sementara menunggu penyelesaian mana-mana prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos memegang barang-barang, dokumen atau benda itu dalam jagaan hendaklah, dalam keadaan mana-mana orang didapati bersalah melakukan suatu kesalahan, menjadi hutang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan hendaklah didapatkan balik dengan sewajarnya.