Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian II

12. Notis tentang penggantungan, penamatan, dsb., pendaftaran

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen 13, jika Pendaftar bercadang untuk menggantung, menamatkan atau membatalkan kelulusan pendaftaran sesuatu francais, dia hendaklah memberi pemohon atau francaisor notis bertulis tentang niatnya untuk berbuat demikian, dengan menyatakan jenis tindakan yang dicadangkan dan alasan yang berdasarkannya dia bercadang untuk mengambil tindakan itu, dan dia hendaklah memberi pemohon atau francaisor itu peluang untuk membuat representasi bertulis tentang perkara itu dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis itu.

(2)

Setelah habis tempoh empat belas hari yang disebut dalam subseksyen (1) dan setelah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pemohon atau francaisor di bawah subseksyen itu,

Pendaftar hendaklah memutuskan sama ada akan meneruskan tindakan yang dicadangkan atau tidak mengambil tindakan selanjutnya.

(3)

Pendaftar hendaklah memberi pemohon atau francaisor notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (2) dan keputusan itu hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh notis bertulis itu disampaikan kepada pemohon atau francaisor itu.

Report

Bahagian III

Bahagian IV

Kelakuan Pihak-Pihak dan Penamatan

Bahagian V

Lembaga Penasihat Francais

Bahagian VI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai