Akta Francais 1998 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian II
13. Pembatalan daripada daftar
Feedback & support(1)
Francaisor boleh, pada bila-bila masa selepas tempoh francais itu, memohon kepada Pendaftar bagi pembatalan pendaftaran francais itu daripada daftar.
(2)
Pendaftar hendaklah membatalkan pendaftaran francais daripada daftar jika dia berpuas hati bahawa—
(a)
francaisor gagal untuk menyerahkan laporan tahunannya kepada Pendaftar sebagaimana yang ditentukan di bawah seksyen 16 bagi tempoh lima tahun berterusan;
(b)
francaisor adalah tidak solven; atau
Francais 19
(c)
francaisor tidak lagi memberi hak di bawah francais.
*Pendaftaran broker francais atau konsultan francais