Seksyen 6
Seksyen 6
(1)
Seseorang francaisor atau orang asing yang telah memperoleh kelulusan untuk menjual francais di Malaysia atau kepada mana-mana warganegara Malaysia di bawah seksyen 54 hendaklah mendaftarkan francaisnya dengan Pendaftar sebelum dia boleh menjalankan perniagaan francais atau membuat tawaran untuk menjual francais kepada mana-mana orang.
(2)
Mana-mana francaisor atau orang asing yang gagal mematuhi seksyen ini, melainkan dikecualikan oleh Menteri di bawah seksyen 58, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau
(b)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima
*CATATAN—Lihat seksyen 27 Akta Francais (Pindaan) 2020 [Akta A1617].
Francais 13
puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.