Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian II

14A. Pembaharuan pendaftaran broker francais atau konsultan francais

Feedback & support
(1)

Seseorang broker francais yang masih menjalankan perniagaannya sebagai broker francais atau seseorang konsultan francais yang masih memberikan perkhidmatannya sebagai konsultan francais hendaklah memohon kepada Pendaftar bagi pembaharuan pendaftarannya sebagai broker francais atau konsultan francais, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh habis tempoh pendaftaran itu.

(2)

Suatu kelulusan bagi permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk pada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pendaftar.

(3)

Apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1),

Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan.

(4)

Subseksyen 14(5) hendaklah terpakai bagi tempoh berkuat kuasa pendaftaran broker francais atau konsultan francais yang dibaharui di bawah seksyen ini.

Francais 21

(5)

Mana-mana broker francais atau konsultan francais yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit.

Report

Bahagian III

Bahagian IV

Kelakuan Pihak-Pihak dan Penamatan

Bahagian V

Lembaga Penasihat Francais

Bahagian VI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai