Akta Francais 1998 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian II
14B. Mempamerkan pendaftaran broker francais atau konsultan francais
Feedback & support(1)
Broker francais atau konsultan francais hendaklah pada setiap masa mempamerkan pendaftaran broker francais atau konsultan francais, mengikut mana-mana yang berkenaan, di suatu kedudukan yang mudah dilihat di tempat broker francais itu menjalankan perniagaannya atau konsultan francais itu memberikan perkhidmatannya.
(2)
Mana-mana broker francais atau konsultan francais yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan.