(1)
Francaisor hendaklah mengemukakan perjanjian francais dan dokumen termasuk pindaan kepada dokumen yang diluluskan di bawah seksyen 11 kepada seseorang francaisi sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum francaisi itu menandatangani perjanjian dengan francaisor itu atau selepas dokumen yang diluluskan oleh Pendaftar di bawah seksyen 11, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Dokumen dalam subseksyen (1) hendaklah dokumen yang sama yang dikemukakan kepada Pendaftar di bawah seksyen 7 dan 11.
(3)
Seseorang yang tidak mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 590