Akta Francais 1998 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian II
6A. Pendaftaran francaisi francaisor asing
Feedback & supportSebelum memulakan perniagaan francais, seseorang francaisi yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang francaisor asing hendaklah memohon untuk mendaftarkan francais itu kepada
Pendaftar dengan mengemukakan permohonan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan dan permohonan itu hendaklah tertakluk pada kelulusan Pendaftar.
Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat bagi kelulusan pendaftaran francais yang disebut dalam subseksyen (1).
Apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1),
Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan.
Jika seseorang francaisi telah mendapat kelulusan daripada francaisor asing untuk menjual francais itu, francaisi hendaklah mendaftarkan kelulusan itu.
Mana-mana francaisi yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan.